Incredibox ialah aplikasi musik yang membolehkan anda mencipta muzik anda sendiri menerusi bantuan oleh sekumpulan perentak muzik. Pilihkan gaya muzik anda menerusi 9 jenis pilihan gaya muzik yang gempak dan bersantai, rakam dan kongsikan campuran muzik anda.
Incredibox merupakan aplikasi permainan dan alat yang menelusi kesemua pengalaman audio dan visual serta kian popular dalam semua peringkat umur. Campuran muzik, grafik, animasi dan sifat interaktifnya menjadikan Incredibox sesuai untuk semua. Disebabkan Incredibox membolehkan pembelajaran semakin menarik dan menghiburkan, ia kini digunakan oleh sekolah-sekolah di seluruh dunia.
Cara bermain? Senang sahaja! Seret dan letak ikon ke seorang avatar untuk membolehkannya menyanyi dan mula menggubah lagu anda tersendiri. Carikan kombo suara yang betul untuk membukakan korus beranimasi yang boleh menjadikan lagu anda lebih menarik.
Simpan, kongsikan dan muat turunkan campuran muzik anda! Setelah anda berpuas hati dengan gubahan anda, simpankan dan anda akan memperolehi pautan ke campuran muzik anda. Anda boleh kongsikannya dengan sesiapa sahaja dengan senang agar mereka boleh mendengar malah mengundinya.
Jika campuran muzik anda sedap dan meraih undi yang mencukupi daripada pengguna-pengguna lain, anda akan menempa sejarah Incredibox dengan menyertai carta 50 Teratas. Bersedia untuk menyahut cabaran ini?
Terlalu malas untuk mencipta campuran muzik anda tersendiri? Usah bimbang, biarlah mod automatik bermain bagi pihak anda! Kuatkan suara dan bersantailah ;)
***************** Incredibox merupakan ciptaan kebanggaan oleh sebuah studio yang berpangkal di Lyon, Perancis iaitu So Far So Good, yang ditubuhkan pada tahun 2009. Bermula sebagai sebuah laman web, ia kemudiannya dilancarkan sebagai aplikasi mudah alih dan tablet yang terus menarik perhatian ramai. Aplikasi ini telah memenangi beberapa anugerah dan muncul dalam pelbagai media antarabangsa termasuk: BBC, Adobe, FWA, Gizmodo, Slate, Konbini, Softonic, Kotaku, Cosmopolitan, PocketGamer, AppAdvice, AppSpy, Vice, Ultralinx dan banyak lagi. Demo dalam talian telah menarik lebih daripada 80 juta pengunjung sejak ciptaannya.
Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa.
Apl ini mungkin berkongsi jenis data ini dengan pihak ketiga
Aktiviti apl
Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
Lokasi, Maklumat peribadi dan 2 yang lain
Data disulitkan semasa dalam perjalanan
Anda boleh meminta data dipadamkan
Komited untuk mengikuti Dasar Keluarga Play
Lihat butiran
Rating dan ulasan
phone_androidTelefon
laptopDesktop
tablet_androidTablet
4.9
67.7K ulasan
5
4
3
2
1
Akuanimation Aku
Benderakan ulasan yang tidak sesuai
16 Julai 2026
bosan sikit, sbb game ni tentang kreativiti, kalau takda kreativiti game ni mmg bosan, so untuk yang kreativiti dia byk, game ni best, tapi untuk yang tak kreativiti, not so much
2 orang mendapati ulasan ini berguna
TEYSI mastar
Benderakan ulasan yang tidak sesuai
4 Julai 2026
Tolong laa buat lebi banyak bosa ahh itu itu saja
2 orang mendapati ulasan ini berguna
Harraz hadif
Benderakan ulasan yang tidak sesuai
5 Julai 2026
benci la game ni aku kasi 1 bintang.... TAKLAH GAME NI BEST GILA AHAHAHA